Tuesday, January 17, 2012

barang baru melalui barang terpakai

Apabila berbicara soalan barang buangan, mesti ramai diantara kita membayangkan bilik stor yang tersimpan di rumah kita ang mengandungi berpuluh-puluh barang atau benda yang kita simpan kerana sudah buntu dengan apa yang harus dilakukan dengan barang-barang berkenaan. Macam selalulah, nak buang kita sayang, jadi keputusan yang selalu diambil, simpan sahaja. Biar ia di dalam bilik gelap itu tanpa fungsi.

Sebenarnya kita lupa dan kurang berfikir bukan? tidakkah kita terfikir yang perca-perca kain boleh ciptakan ia menjadi sesuatu yang baru atau barangan lain selain baju?
Tidakkah kita terfikir sudu... kertas... warna-warna air, cat atau sebagainya boleh kita kitarkan menghasilkan sesuatu yang baru??

Pernahkah kita terfikir??


Sesuatu bahan lama atau barang buangan itu mampu menjadi sesuatu yang lebih menarik & cantik...


Dengan itu, kami menghasilkan sesuatu kelainan kepada anda. Cubalah lihat dan bertanyalah kepada diri anda, adakah ia menarik atau tidak.... Kami mengeluarkan kelainan yang sedia ada dalam gambaran wajah yang baru, cantik, menarik & comel untuk anda miliki.